Top 10 Domain Name Paling Mahal Yang Pernah Dijual

Tahukan anda, bisnes menjual domain name juga merupakan bisnes yang menguntungkan pada masa kini? Penyedia web hosting yang kebiasaannya menyediakan pembelian domain kepada pembelinya memang kaya raya. Huhu.

Senarai 10 kali ini, menyenaraikan Top 10 Domain Name Paling Mahal Yang Pernah Dijual:



10. SEO.COM - $5,000,000

Ianya merupakan laman web berkaitan SEO (Search Engine Optimization) yang termahal pernah dijual. Keyword SEO amat popular. Tidak hairanlah ianya dijual pada harga $5 juta!

10. KOREA.COM - $5,000,000

Satu2 nya nama domain yang menggunakan nama negara, dan tersenarai sebagai antara domain name termahal di dunia pada harga $5juta, berkongsi ranking dengan SEO.COM

8. ASSEENONTV.COM - $5,100,000

Domain name ini terjual hampir 10 tahun yang lalu (tahun 2000) pada harga $5.1 juta.

7. CASINO.COM - $5,500,000 

Pada harga $5.5 juta, domain name ini kekal dalam senarai domain name termahal di dunia. Eum, mungkin pemiliknya jutawan pakar judi kot.

6. BEER.COM - $7,000,000

Melihat dari namanya saja, tau dah, ianya domain mengenai minuman beralkohol. Menurut sumber, lain2 domain name yang diambil dari minuman alkohol seperti wine.com, vodka.com juga antara domain name popular di dunia.

5. DIAMONDS.COM - $7,500,000

Sesuai sebagai statusnya yang popular sebagai perhiasan wanita, diamonds.com terjual pada harga $7.5 juta. Eum, lebih mahal daripada sebutir berlian!

5. BUSINESS.COM - $7,500,000

Berkongsi ranking dengan diamonds.com, domain name business.com ini menyediakan perkhidmatan enjin pencarian berkaitan perniagaan dan pengiklanan. Terjual hampir 10 tahun yang lalu, 2000, pada harga $7.5 juta!

3. PORN.COM - $9,500,000

Pada tahun 2007, domain name pornografi ini begitu popular. Ianya antara keyword paling popular dalam mana2 enjin pencarian. Porn.com terjual pada harga $9.5 juta!

2. FUND.COM - $9,999,950

Menurut sumber, fund.com begitu popular, dan sangat mahal. Dijual pada harga hampir $10 juta!

1. SEX.COM - $14,000,000

Pada harga $14 juta, sex.com adalah domain name paling mahal sepanjang zaman! Tidak hairanlah sekiranya anda menaip domain name ini pada pelayar internet anda, anda akan dibawa (redirect) ke laman web yang berlainan.

5 Orang Komen:

  hans

December 12, 2010 at 3:38 AM

wah
mahal giler

P/S : Jom Join Contest Nih Ramai - Ramai!

  NOOR FATIN

December 12, 2010 at 6:48 AM

fuyoo!! mahal gilak

  kelhome

December 12, 2010 at 7:37 AM

aku nak beli domain cikai2 pun asyik unavailable.. maybe ramai yg buat stok kot dgn domain. investment purpose..

  Green Apple

December 12, 2010 at 7:22 PM

islam.com
come out soon
hahaha..

  Woody Allen

January 6, 2011 at 9:10 PM

I found this resources, Facebook.com is USD 200,000 at the time Mark Zuckerberg bought it.

Maybe you can try Exabytes's .org at RM25

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...