Bila kita dapat RM 1 juta, mesti anda akan terfikir berbagai-bagai perkara untuk dibuat. Bagi peminat kereta, tentunya kereta-kereta mewah menjadi sasaran.
Itu kalau RM 1 juta, paling2 mahal pun, half million untuk kereta sahaja. Itu pun dah mula rasa macho dengan kereta mahal. Tapi camne plak dengan mereka yang ada kereta bernilai RM 15 juta? RM 20 juta?
Jom saya kongsikan senarai 10 kereta paling mahal sepanjang zaman!
10 - 1930 Bentley Speed Six - $ 5.1 juta
Pada tahun 1920-an, Bentley sangat berjaya dalam perlumbaan Le Mans, kejuaraan pertama pada tahun 1924, dan mengulanginya sepanjang tahun 1927-1930. 1930 Bentley Speed Six ini adalah yang terbaik dalam kelasnya dan dijual di Christie's Le Man Classic pada tahun 2004.
9 - 1953 Ferrari 340/375 M Berlinetta Competizione - $ 5.8 juta
Ianya bukan sekadar kereta lumba biasa, kerana ianya telah berjaya memenangi perlumbaan 24 Hrs Le Man pada tahun 1953 untuk Ferrari. Ianya telah dijual dalam satu sesi lelong istimewa yang dibuat di kilang Ferrari Maranello.
8 - 1962 Ferrari 250 GTO - $ 6.2 juta
Salah satu kereta lumba yang jarang dibuat. Hanya 36 unit yang dibuat dan kebanyakannya tidak dapat bertahan lama. Model ini telah dijual pada tahun 1991 di Las Vegas dan dikatakan merupakan jualan terakhir model GTO di dunia. Jika seseorang membuat lelongan pada hari ini, nilai kereta ini dikatakan melebihi £ 20 juta!
7 - 1931 Bugatti Royale Berline de Voyager - $ 6.5 juta
Bill Harrah menjual kereta 1931 Bugatti ini di Reno pada tahun 1986 di sebuah sesi lelongan malam hanya untuk model Bugatti klasik. Ianya adalah antara 1400 koleksi keretanya dan dianggap oleh kebanyakan orang sebagai salah satu kereta yang terbaik yang pernah dibuat.
6 - Rolls-Royce 10hp Two-Seater - $ 7.25 juta
Pada akhir tahun 2007, model kereta Rolls Royce ini tidak hanya menjadi kereta (awal tahun 1905) paling mahal yang pernah dijual di London, ianya juga menjadi kereta Rolls Royce termahal yang pernah dijual.
5 - 1929 Mercedes-Benz 38/250 SSK - $ 7.4 juta
Salah satu dari 33 yang pernah dibuat oleh Mercedes Benz, model SSK ini dijual semula di Suffolk, United Kingdom pada tahun 2004, menjadikannya kereta model Mercedes yang paling mahal di dunia pada ketika itu.
4 - 1937 Mercedes-Benz 540K Special Roadster - $ 8.2 juta
3 tahun selepas model SSK dijual, model 540K telah dilelong oleh bos F1 Bernie Ecclestone. Ianya adalah rekod baru bagi model Mercedes Benz dengan mengalahkan SSK dengan perbezaan $ 800,000.
3 - 1962 Ferrari 330 TRI/LM Testa Rossa - $ 9.2 juta
Satu lagi model klasik Ferrari telah dilelong pada tahun 2007 di kilang Ferrari Maranello (1953 Ferrari 340/375 M Berlinetta competizione). Ianya merupakan model kereta lumba Ferrari yang terakhir dibina dengan menggunakan enjin hadapan. Ianya telah dipandu di kejohanan 24 Hrs Le Mans oleh Phil Hil dan Oliver Glendebien pada tahun 1962.
2 - 1931 Bugatti Royale Kellner Coupe - $ 9.7 juta
Menjadi salah satu daripada hanya 6 unit yang pernah dibuat, model Bugatti ini diperkasakan oleh enjin 12.7 li (kebiasaannya digunakan untuk kapal terbang!). Bugatti ini dijual dalam lelongan khusus Christie di Royal Albert Hall di London pada tahun 1987. Sekiranya dijual pada ketika ini, jumlah mungkin bernilai 2x ganda ($ 19.4 juta)!
1- 1961 Ferrari 250 GT SWB California Spyder - $ 10.9 juta
1961 California Spyder dianggap sebagai salah satu kereta yang paling sempurna pernah dibuat. Daripada 36 unit yang pernah dibuat, pada tahun 2008 model hebat ini telah dilelong oleh pemilik sebelumnya, pelakon pemenang Oscar, James Coburn. Ianya telah dibeli oleh DJ British Radio 2, Chris Evans pada harga £ 10.9 juta menjadikannya kereta yang paling mahal yang pernah dijual!
+++
P/s: Nilai yang ditunjukkan dalam mata wang USD. Cuba tukar mata wang ringgit Malaysia?
Sumber: Hubpages
2 Orang Komen:
November 28, 2010 at 7:13 AM
pisan nk beli ini kete..kena kawen ngan jutawan le gamaknye..akkakak
November 28, 2010 at 7:47 AM
@ticer syah,
hurm, jalan pintas tu...
boleh buat iklan n promo kat jutawan2...haha
Post a Comment