Top 10 Manusia Paling Genius Di Dunia

Mungkin fikiran pertama anda, manusia paling genius adalah Albert Einstein, betul tak? Eum, beliau boleh dikategorikan sebagai orang yang genius kerana kemampuannya untuk menerangkan teori relativiti nye dan berjaya memenangi 3 hadia nobel sepanjang hidupnya.

Namun, malang sekali, beliau tidak disenaraikan sebagai Top 10 Manusia Paling Genius Di Dunia. Jom kita kenali golongan istimewa (bukan cacat ye...!) ini:

10. Elaina Smith, Penyampai Radio Termuda Di Dunia

Menjadi penyiar dan penasihat percintaan ketika berusia 7 tahun!
Elaina Smith, merupakan seorang anak perempuan yang berusia 7 tahun dan berjaya sebagai penyiar termuda dunia.

Ceritanya menjadi popular bermula apabila beliau menelefon sebuah stesen radio inggeris dan menasihati seorang dewasa yang menghadapi masalah dengan pasangan kekasihnya. Sejak dari itu, stesen radio tersebut mula dibanjiri dengan pemanggil apabila mereka sentiasa menanyakan Elaina! Oleh kerana itu, stesen radio tersebut menyediakan satu siaran khas untuk Elaina membantu masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang dewasa!

Nak tau apa jawapan yang diberikan kepada orang dewasa bermasalah tersebut?

"Dia tidak berharga untuk dirimu lagi. Hidup kamu terlalu pendek untuk bersedih hanya kerana seorang lelaki. Dan kamu perlu tahu, pasangan barunya akan selalu berfikir kalau dia tidak setia dengannya maka dia juga tidak akan setia dengan wanita lain"

9. Willie Mosconi, Mr. Pocket Billiards




William Joseph Mosconi (June 27, 1931 - September 12,1993) yang lebih popular dengan nama Willie Mosconi, merupakan seorang pemain pool professional berbangsa Amerika yang berasal dari Philadelphia, Pennsylvania.

Antara tahun 1941 sehingga 1957, dia telah memenangi World Pool Straight Championship sebanyak 15 kali berturut-turut! Dalam abad 20an ini, beliau sangat sinonim dengan permainan pool di Amerika Utara sehinggakan beliau digelar "Mr. Pocket Billiards". Dan beliau merupakan antara orang pertama yang menerajui Billiard Congress of America Hall of Fame.

Sehingga kini, Mosconi masih lagi dikenali memegang rekod dunia dalam straight pool sebanyak 526 biji bola!

8. Fabiano Luigi Caruana, Pemain Catur Termuda Menerima Anugerah Grand Master


Fabiano Luigi Caruana dilahirkan pada tahun 1992, merupakan pemain catur termuda di Itali dan Amerika Syarikat yang mendapat gelaran Grandmaster pada 15 Julai 2007. Pada ketika itu, beliau baru berusia 14 tahun, 11 bulan dan 20 hari.

Pada November 2010, dalam senarai FIDE (Fédération Internationale des Échecs atau World Chess Federation), beliau telah mendapat Elo-rating (sistem untuk mengira tahap kemahiran pemain dalam two-players game seperti catur) sebanyak 2709, menjadikannya pemain catur ranking ke-31 dunia.

7. Michael Kevin Kearney, Yang Pertama Memenangi 1 Juta Dalam "Who Wants To Be A Millionaire"


Michael Kevin Kearney dilahirkan pada 18 Januari 1984 di Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat. Beliau sangat genius apabila dikatakan banyak mencipta rekod dunia selain mengajar di kolej pada usia seawal 17 tahun!

Semasa beliau berusia 4 tahun, John Hopkins telah memberikannya soalan berbentuk pilihan jawapan untuk salah satu program matematiknya. Menariknya, tanpa mengulangkaji subjek tersebut, Michael telah memperolehi markah penuh dalam ujian tersebut.

Dia menjadi jutawan setelah menyertai rancangan realiti tv, Who wants To Be A Millionaire, dan menjadikannya peserta pertama yang memenangi rancangan yang begitu popular itu.

Banyak lagi kisah menarik beliau. Tengok kat wiki kalau nak tau. Hehe.

6. Saul Aaron Kripke, Ahli Falsafah Amerika


Saul Aaron Kripke dilahirkan pada 13 November 1940 merupakan seorang ahli falsafah Amerika dan seorang pemikir logik. Dia juga merupakan seorang profesor emeritus di Princeton dan mengajar subjek "Distinguished Professor of Philosophy" di CUNY Graduate Center.

Sejak tahun 1960an, Kripke telah dijadikan bahan rujukan dalam beberapa bidang berkaitan logik matematik, falsafah bahasa, matematik, metafizik, epstemology dan set teori.

Beliau adalah penerima anugerah Schock Prize in Logic and Pholosophy pada tahun 2001. Menurut satu undian yang dibuat dikalangan ahli falsafah, Kripke dikategorikan sebagai salah seorang daripada 10 orang ahli falsafah terpenting sejak 200 tahun yang lalu.

5. Aelita Andre, Bakat Muda Penggoncang Dunia Seni


Seorang jurugambar menunjukkan koleksi lukisan Aelita Andre kepada Mark Jameison, Pengarah Brunswick street gallery di Melbourne untuk dipamerkan.

Setelah melihat kegeniusan yang hadir daripada lukisan tersebut, Mark terus bersetuju (tanpa mengenali siapa Aelita Andre ketika itu). Dia kemudiannya mencetak kad jemputan dan menayangkan iklan secara besar2an di berbagai media di Australia.

Ketika pameran sedang berlangsung, Mark baru mengetahui Aelita baru berusia 1 tahun 10 bulan! Aelita begitu popular apabila karya2nya menjadi perbualan hangat di kalangan penggiat seni dan menjadi topik utama media seperti BBC World News, Telegraph, Art Collector, Art Almanac serta penerbitan luar negara (Jerman, Rusia, sepanyol, China, Asia, Jepun, AS, dll.)

4. Cleopatra Satran,  Penyanyi Termuda Paling Popular



Cleopatara Stratan dilahirkan pada 6 Oktober 2002 di Chisinau, Moldova. Beliau menjadi penyanyi termuda yang mencipta nama di pentas nyanyian dengan album nya La vârsta de trei ani ("At the age of 3") pada tahun 2006.

Dia memegang rekod selaku penyanyi termuda yang bernyanyi secara LIVE selama 2 jam di hadapan ramai peminatnya, penyanyi muda dengan gaji termahal, penyanyi termuda yang menerima MTV Award dan penyanyi termuda yang mendapat carta #1 di negaranya ("Ghiţă" in Romanian Singles Chart).


3. Akrit Jaswal, Melakukan Pembedahan Pertama Ketika Berusia 7 Tahun!




Akrit Jaswal dilahirkan pada 23 April 1993, merupakan seorang mahasiswa di Punjab University, Chandigarh, India serta doktor India termuda dalam sejarah. Sekarang beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Aplikasi Kimia.

Beliau mengejutkan dunia, apabila Akrit Jaswal berjaya melakukan pembedahan terhadap seorang budak perempuan yang mengalami kebakaran yang teruk sehinggakan jari-jemarinya bercantum dan memerlukan pembedahan segera. Sumber

Dengan IQ sebanyak 146, tidak hairanlah beliau boleh dikategorikan antara manusia paling genius di dunia!


2. Gregory Smith, Penerima Hadiah Nobel Pada Usia 12 Tahun




Gregory Smith dilahirkan pada 9 Jun 1989, anak muda ini menamatkan pengajiannya di Orange Park High school, Florida dengan rekod yang mengagumkan. Kesemua peperiksaan yang diambil memerlukannya separuh daripada kebiasaan masa yang diambil untuk menyiapkan peperiksaan tersebut.

Pada usia 11 tahun, beliau dilantik sebagai Youth spokesperson untuk World Centers of Compassion for Children.

Beliau menerima Hadiah Nobel Keamanan 2002, 2003 dan 2004!

Beliau juga menjadi pengasas kepada International Youth Advocates (IYA) yang mempromosikan keamanan di kalangan remaja di seluruh dunia.


1. Kim Ung-Yong, Miliki Rekod Dunia IQ 210!




Kim Ung-Yong dilahirkan pada 8 Mac 1962 di Korea. Beliau tersenarai di dalam Guinness Book of World Records bawah kategori "IQ Tertinggi" dengan catatan 210!

Tidak lama selepas kelahirannya, Kim mula menunjukkan kemahiran intelek yang luar biasa. Mula bercakap pada usia 4 bulan, boleh berkomunikasi dengan lancar pada usia 6 bulan, dan berkebolehan untuk memahami bahasa Jepun, Korea, Jerman dan Inggeris pada usia 2 tahun!

Pada usia 4 tahun, beliau berjaya menyelesaikan soalan kalkulus dalam sebuah rancangan televisyen Jepun.

Beliau merupakan pelajar undangan dalam bidang Fizik oleh Hanyang University, dengan mengaudit bidang tersebut pada usia 4 hingga 7 tahun! Menariknya, pada usia 8 tahun, dia telah diundang untuk ke Amerika Syarikat oleh NASA sehingga tahun 1978.

Beliau telah beralih kepada kejuruteraan awam dan memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang berkenaan. Beliau telah menerbitkan 90 risalah mengenai hidraulik dalam jurnal saintifik.

Pada tahun 2007, dia menjadi pensyarah jemputan di Chungbuk National University.

GENIUS GILER!!!!!!!!

Sumber: Best The Ranking

10 Orang Komen:

  Balqees Amanda

November 30, 2010 at 7:39 AM

yala..genius betul nih..

  Nash

November 30, 2010 at 7:51 AM

@balqees,
eum, anugerah Tuhan, tak semua dapat...

  h A n Y S

November 30, 2010 at 8:01 AM

carta no.1,'berkebolehan untuk memahami bahasa Jepun, Korea, Jerman dan Inggeris pada usia 2 tahun!' macam tak percaya!

  kyo_9

November 30, 2010 at 8:11 AM

camne Einstein leh xde lak??

  Nash

December 1, 2010 at 4:16 AM

@hanys -> yup, mmg pelik kan? anak sdra sya, 2 tahun pndi main dinner dash, eum, genius tak ea?

@kyo_9 -> mungkin no. 11 kot... :D

  hans

December 1, 2010 at 5:45 AM

wow
best entry nih
thanks sebab invite untuk baca
diorang memang genius dan menarik serta unik

P/S : 5 Perkara Yang Menyebabkan Kita Takut Sewaktu Berada Di Asrama @ Hostel

  shapoji

December 1, 2010 at 6:58 AM

12 thun dah dapat nobel, aku ru darjah 6 mse tuh...

  Nash

December 1, 2010 at 9:36 AM

@hans -> sila dtg lg... akan ada byk lgi senarai 10... :D

@shapoji -> kita masih men gasing dpn rumh lgi, dia dh pt hadiah nobel..

  Luffy

December 2, 2010 at 6:13 AM

giler bapak denius mereka2 ini..jeles2..huhu

  Afiefah Safieni

December 11, 2010 at 8:08 AM

budak kecik lagi tu...
tu la anugerah yg x semua org dpat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...