Showing posts with label termahal. Show all posts
Showing posts with label termahal. Show all posts

Top 10 Foto Termahal Pernah Terjual Di Dunia

Setiap orang mempunyai berbagai sudut pandangan. Ada yang kata si dia cantik, tetapi tidak pula di mata anda. Seni sesuatu yang unik. Ada yang dilahirkan dengan kecenderungan ke arah seni, dan ada juga yang memerlukan latihan untuk menghargai apa itu seni.

Seni fotografi juga sesuatu yang begitu kompleks. Mana tidaknya, hasil fotografi yang menarik, mampu terjual sehingga berjuta ringgit Malaysia! Jom kita tengok foto mana yang menjadi pilihan penggemar foto yang juga di kalangan orang kaya di dunia.

10. Andy Warhol (1987) oleh Robert Mapplethorpe: $ 643,200


Foto ini berjaya dijual pada tahun 2006.

9.  The Great Wave, Sete (1857) oleh Gustave Le Gray: $ 838,000


8. [No. 113] Athenes, Temple de Jupiter olympien pris de 1'est (1842) oleh Joseph-Philibert Girault de Prangey: $ 922,488

Foto ini berjaya dijual pada tahun 2003. (Maaf, rekod gambar ini telah tiada) Link asal gambar di sini.

7. Untitled (Cowboy) (1989) oleh Richard Price: $ 1,248,000


Berjaya dijual di Christie's Auction, November 2005 di New York.

6. Georgia O'Keeffe (Nude) (1919) oleh Alfred Stieglitz: $ 1,360,000

Gambar 18sx. Klik di sini utk melihat foto.

5.  Georgia O'Keeffe (Hands) (1919) oleh Alfred Stieglitz: $ 1,470,000


Foto "tangan" ini terjual pada harga yang menakjubkan, di New York pada harga $ 1,470,000!

4. Nude (1925) oleh Edward Weston: $1,609,000

Gambar 18sx. Klik di sini utk melihat foto.

3. Kremlin of Tobolsk (2009) oleh Dmitry Medvedev: $ 1,750,000


Foto ini diambil sendiri oleh President Rusia, Dmitry Medvedev. Tidak hairanlah, harganya begitu mahal dan ada yang sanggup membelinya!

2. The Pond - Moonlight (1904) oleh Edward Steichen: $ 2,928,000


Terjual di  Sotheby's New York Auction pada Februari 2006.

1. 99 Cent II Diptychon (2001) oleh Andreas Gursky: $ 3,346,456


Foto yang mengagumkan ini terjual sebanyak 3 salinan. Dan secara purata, jualannya mencecah $ 2.25 juta setiap satu.  Paling mahal merupakan jualana pertamanya pada februari 2007, sebanyak $ 3,346,456!

+++

Ini yang terasa nak beli kamera mahal ni. Satu kepuasan apabila foto yang kita ambil terjual pada harga yang begitu lumayan! Kayo den kayo!

Top 10 Domain Name Paling Mahal Yang Pernah Dijual

This summary is not available. Please click here to view the post.

Top 10 Kereta Paling Mahal Sepanjang Zaman

Bila kita dapat RM 1 juta, mesti anda akan terfikir berbagai-bagai perkara untuk dibuat. Bagi peminat kereta, tentunya kereta-kereta mewah menjadi sasaran.
Itu kalau RM 1 juta, paling2 mahal pun, half million untuk kereta sahaja. Itu pun dah mula rasa macho dengan kereta mahal. Tapi camne plak dengan mereka yang ada kereta bernilai  RM 15 juta? RM 20 juta?

Jom saya kongsikan senarai 10 kereta paling mahal sepanjang zaman!

10 - 1930 Bentley Speed Six - $ 5.1 juta


Pada tahun 1920-an, Bentley sangat berjaya dalam perlumbaan Le Mans, kejuaraan pertama pada tahun 1924, dan mengulanginya sepanjang tahun 1927-1930. 1930 Bentley Speed Six ini adalah yang terbaik dalam kelasnya dan dijual di Christie's Le Man Classic pada tahun 2004.

9 - 1953 Ferrari 340/375 M Berlinetta Competizione - $ 5.8 juta


Ianya bukan sekadar kereta lumba biasa, kerana ianya telah berjaya memenangi perlumbaan 24 Hrs Le Man pada tahun 1953 untuk Ferrari. Ianya telah dijual dalam satu sesi lelong istimewa yang dibuat di kilang Ferrari Maranello.

8 - 1962 Ferrari 250 GTO - $ 6.2 juta


Salah satu kereta lumba yang jarang dibuat. Hanya 36 unit yang dibuat dan kebanyakannya tidak dapat bertahan lama. Model ini telah dijual pada tahun 1991 di Las Vegas dan dikatakan merupakan jualan terakhir model GTO di dunia. Jika seseorang membuat lelongan pada hari ini, nilai kereta ini dikatakan melebihi £ 20 juta!

7 - 1931 Bugatti Royale Berline de Voyager - $ 6.5 juta


Bill Harrah menjual kereta 1931 Bugatti ini di Reno pada tahun 1986 di sebuah sesi lelongan malam hanya untuk model Bugatti klasik. Ianya adalah antara 1400 koleksi keretanya dan dianggap oleh kebanyakan orang sebagai salah satu kereta yang terbaik yang pernah dibuat.

6 - Rolls-Royce 10hp Two-Seater - $ 7.25 juta


Pada akhir tahun 2007, model kereta Rolls Royce ini tidak hanya menjadi kereta (awal tahun 1905) paling mahal yang pernah dijual di London, ianya juga menjadi kereta Rolls Royce termahal yang pernah dijual.

5 - 1929 Mercedes-Benz 38/250 SSK - $ 7.4 juta


Salah satu dari 33 yang pernah dibuat oleh Mercedes Benz, model SSK ini dijual semula di Suffolk, United Kingdom pada tahun 2004, menjadikannya kereta model Mercedes yang paling mahal di dunia pada ketika itu.

4 - 1937 Mercedes-Benz 540K Special Roadster - $ 8.2 juta


3 tahun selepas model SSK dijual, model 540K telah dilelong oleh bos F1 Bernie Ecclestone. Ianya adalah rekod baru bagi model Mercedes Benz dengan mengalahkan SSK dengan perbezaan $ 800,000.

3 - 1962 Ferrari 330 TRI/LM Testa Rossa - $ 9.2 juta


Satu lagi model klasik Ferrari telah dilelong pada tahun 2007 di kilang Ferrari Maranello (1953 Ferrari 340/375 M Berlinetta competizione). Ianya merupakan model kereta lumba Ferrari yang terakhir dibina dengan menggunakan enjin hadapan. Ianya telah dipandu di kejohanan 24 Hrs Le Mans oleh Phil Hil dan Oliver Glendebien pada tahun 1962.

2 - 1931 Bugatti Royale Kellner Coupe - $ 9.7 juta


Menjadi salah satu daripada hanya 6 unit yang pernah dibuat, model Bugatti ini diperkasakan oleh enjin 12.7 li (kebiasaannya digunakan untuk kapal terbang!). Bugatti ini dijual dalam lelongan khusus Christie di Royal Albert Hall di London pada tahun 1987. Sekiranya dijual pada ketika ini, jumlah mungkin bernilai 2x ganda ($ 19.4 juta)!

1- 1961 Ferrari 250 GT SWB California Spyder - $ 10.9 juta


1961 California Spyder dianggap sebagai salah satu kereta yang paling sempurna pernah dibuat. Daripada 36 unit yang pernah dibuat, pada tahun 2008 model hebat ini telah dilelong oleh pemilik sebelumnya, pelakon pemenang Oscar, James Coburn. Ianya telah dibeli oleh DJ British Radio 2, Chris Evans pada harga £ 10.9 juta menjadikannya kereta yang paling mahal yang pernah dijual!

+++
P/s: Nilai yang ditunjukkan dalam mata wang USD. Cuba tukar mata wang ringgit Malaysia?

Sumber: Hubpages

Top 10 Telefon Bimbit Paling Mahal Di Dunia

Dulu semasa awal tahun 90an, telefon bimbit menjadi satu aksesori bagi mereka yang berkemampuan. Memandangkan demand pada ketika itu rendah, sebuah telefon bimbit yang paling basic mencecah ratusan ringgit. Kad sim pula bernilai ratusan ringgit.

Tetapi sekarang, telefon bimbit merupakan antara keperluan asas yang perlu ada bagi setiap orang. Dan harganya sudah tentu pada harga yang mampu dimiliki.

Tapi, tahukah anda, masih ada pengilang yang menjadikan telefon bimbit ini sebagai satu aksesori mewah bernilai jutaan ringgit untuk setiap unit?

1. Goldvish "Le Million" = £ 1,000,000 (RM 4,247,999.51)

Goldvish "Le Million" = £ 1,000,000 (RM 4,247,999.51)
Ianya adalah telefon bimbit paling paling mahal pernah dicatatkan dalam sejarah. Hal itu dipamerkan di Millionaire Fair tiga hari di Cannes, Perancis untuk mengesahkan penjualan Telefon Bimibt Paling Mahal di dunia. 

'Le Million' Piece Unique yang dibeli oleh seorang usahawan Rusia untuk isterinya ini, bernilai 1 juta Euro ($ 1.2 juta)!

Dibuat oleh GoldVish SA, sebuah syarikat telekomunikasi yang berpusat di Geneva ini, diperbuat daripada emas putih 18 karat, dipasang dengan 1800 (sebanyak 120 karat)- berlian Gred VVS 1 dinilai dan dilengkapi dengan teknologi telefon bimbit yang terbaru pada ketika itu.

2. Vertu Signature Cobra = $ 310,000 (RM 965,029.97)

Vertu Signature Cobra = $ 310,000 (RM 965,029.97)
Telefon bimbit ini boleh anda miliki pada harga RM 965,029.97.

Vertu pada ketika ini mengambil tempahan daripada Signature Cobra hanya sebanyak 8 unit. Ianya direka oleh seorang pereka berlian warganegara Perancis, Baucheron.

Telefon ini memiliki satu potongan berlian, sebutir berlian putih, 2 mata zamrud, dan 439 butir rubi.

Bagi mereka yang inginkan versi yang lebih murah, Vertu boleh dimiliki pada harga $115,000 dan tanpa perhiasan rubi.

3. Sony Ericsson Black Diamond = $ 300,000 (RM 933,899.97)

Sony Ericsson Black Diamond = $ 300,000 (RM 933,899.97)
The Black Diamond telah berada di pasaran pada tahun 2007, daripada sebuah syarikat bernama VIPN, dan bukannya Sony Ericsson.

Hanya 5 unit dihasilkan dan dijual pada kadar RM 933,899.97.

Ianya mempunyai kelengkapan Quad-Band dengan teknologi Wifi, Intel 400 Mhz berplatform Windows Mobile 5, skrin sentuh 2", memori dalam 128 Mb, storan luaran 2 Gb kad SD, dan juga kamera 4 megapiksel.

4. Vertu Diamond = $ 88,000 (RM 273,943.99)

Vertu Diamond = $ 88,000 (RM 273,943.99)
Vertu sekali lagi mengeluarkan telefon bimbit mewah pada harga RM 273,943.99. Ianya dipenuhi dengan butiran2 kecil berlian serta berlian 8 karat pada pad kekunci nya.

Struktur badan telefon bimbit ini dihasilkan daripada platinum berkualiti tinggi, disokong oleh bearing rubi dan diperkukuhkan dengan komposit seramik yang kebiasaannya digunakan untuk penghasilan kapal angkasa.

Hanya 200 unit sahaja dihasilkan dan dijual di kedai2 berlian dan perhiasan mewah.

5. Motorola V220 Special Edition = $ 51,800 (RM 161,253.40)

Motorola V220 Special Edition = $ 51,800 (RM 161,253.40)
Peter Aloisson, seorang pereka Austria, telah menggunakan telefon bimbit Motorola ini dan menyaluti strukturnya dengan  1,200 berlian. Pad kekunci nya juga dihiasi dengan emas 18 karat.

Pergh, ini nak buat call tempat awam pun risau kena ragut!

6. Gold Edition Nokia 8800 = $ 2,700 (RM 8,405.10)

Gold Edition Nokia 8800 = $ 2,700 (RM 8,405.10)
Telefon bernilai RM 8,405.10 ini diperbuat daripada emas 24 karat.

Ianya dilengkapi dengan teknologi asas model 8800, kamera SVGA 0.5 megapiksel, skrin TFT (208 x 208). Juga mempunyai capaian EDGE, Bluetooth, Infrared, Java, MMS, SMS, USB, WAP serta memori dalaman 64 Mb.

Selain itu, telefon mewah ini juga dilengkapi 64 nada dering polyphonic, radio FM, pemain Mp3, rakaman video dan 180 minit rakaman perbualan.

7. Mobiado Professional EM (wood) = $ 1,900 (RM 5,914.70)

Mobiado Professional EM (wood) = $ 1,900 (RM 5,914.70)
Profesional EM adalah telefon bernilai RM 5,914.70 diperbuat daripada kayu hitam (ebony) dan butang titanium, kamera 1.3 megapiksel dan capaian Bluetooth. 

Ianya terdapat dalam edisi terhad sebanyak 200 unit. Menurut laman web tersebut, telefon ini tidak dijual di Amerika Syarikat.

8. Bang & Olufsen (Samsung) Serene = $ 1,250 (RM 3,891.25)

Bang & Olufsen (Samsung) Serene = $ 1,250 (RM 3,891.25)
Bang & Olufsen telah bekerjasama dengan Samsung untuk menghasilkan model Serene yang  ramping tetapi tidak konvensional. 

Rekabentuknya tersedia dengan sebuah motor untuk membantu anda membuka dan menutup telefon. Ianya sangat tidak praktikal kerana anda memerlukan pemutar skru khusus untuk mengakses bateri dan kad SIM. Rekabentuk pad kekuncinya yang agak berlainan daripada biasa memerlukan sedikit masa bagi pemiliknya untuk selesa menggunakannya. 

9. Gresso Luxury Phone = Lebih $ 1,000

Gresso Luxury Phone = Lebih $ 1,000
The Gresso yang berpusat di Rusia, adalah pendatang baru dalam industri telefon mewah. "Gresso Luxury Phone"diperbuat daripada emas dan "Blackwood" Afrika. 

 The Gresso akan mengeluarkan sebuah koleksi lima model yang diberi nama Black Aura, yang direka oleh seorang pereka terkenal dari Itali.  

Setakat ini ada dua versi dari telefon "Blackwood" Afrika, satu dengan emas merah jambu yang diberi nama Gresso Blackwood Gold Edition, dan satu versi diperbuat sepenuhnya daripada "Blackwood" Afrika.

10. Lamborghini 8800 Sirocco from Nokia

Lamborghini 8800 Sirocco from Nokia
Telefon mempunyai liputan tri-band GSM untuk lima benua, serta 128 MB memori dalaman. Seperti paparan TFT warna, dilindungi oleh kaca anti gores dilapisi safir.

Ianya juga mempunyai kamera 2 megapiksel, serta pemain MP3 digital terintegrasi. Ianya juga mempunyai capaian Bluetooth, pelayar xHTML, Instant Messaging, perkhidmatan video streaming, serta pemindahan data melalui EDGE, GPRS, atau TCP / IP.

Model telefon bimbit Lamborghini edisi terhad (500 unit) ini juga akan memaparkan grafik Lamborghini sebagai wallpaper, screensaver, nada dering, dan bahkan mempunyai video dokumentari pendek tentang Lamborghini.  

Tidak dinyatakan harganya. 

Sumber: Feel Phones

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Koleksi Lirik Lagu