Top 10 Carian Google Paling Tinggi Kategori Individu 2010

Sebelum ini, Senarai 10 ada buat entri mengenai Top 10 Peningkatan Paling Tinggi Carian Google 2010 di Malaysia. Seperti yang dijanjikan, Senarai 10 kali ini akan berkongsi Top 10 Carian Google Paling Tinggi Kategori Individu 2010:

1. Maher Zain


 Maher Zain, seorang penyanyi nasyid solo berasal dari Lebanon ini semakin popular dengan album nya Thank You Allah. Memang popular sampaikan anak buah yang umur 3 tahun pun dah kemaruk nyanyi lagu InsyaALLAH tiap2 kali naik kereta. :D

2. Justin Bieber


Sekali lagi, penyanyi muda ini tersenarai dalam Senarai 10 untuk carian google paling meningkat bagi tahun 2010. Justin Bieber, penyanyi muda Kanada ini memang tengah buat empayar duit sekarang ini.

3. Luna Maya


Sejak kes video aksi lucah nya dengan Arel Peter Pan tersebar luas, Luna Maya semakin popular. Walau bagaimanapun, popularitinya melonjak bukan kerana kejayaannya dalam dunia seni hiburan, tetapi sesuatu yang merosakkan kerjayanya.

4. Din Beramboi


Pemergian pelakon dan pelawak terkenal negara, Din Beramboi, benar2 menggegarkan industri tanah air negara. Dikatakan, beliau ada menunjukkan tanda2 sebelum pemergiannya ke Rahmatullah apabila menunjukkan reaksi yang serius semasa memberikan komen terhadap Alex, di program realiti tv, Raja Lawak Astro.

5. Lady Gaga


Lady Gaga, begitu terkenal dengan konsertnya yang lain daripada yang lain. Pakaiannya memang unik dan memang dia je yang gemar bawa imej "pelik dan funky" setiap kali perform.

6. Hanis Zalikha


 Model, pelakon dan blogger terkenal ini semakin menjadi tarikan warga Malaysia. Tengok sahajalah jumlah followers di blog Hanis Zalikha, mencecah 15,037 orang pada ketika entri ini ditulis!

7. Lee Min Jo


Terus terang cakap, saya sendiri tak berapa kenal mamat korea ni. Mungkin girl2 di luar sana yang baca entri ini, boleh cerita dengan panjang lebar, siapa beliau. Hehe. Tahu la serba sedikit, Lee Min Jo ni artis Korea. Thats it!

8. Adam Lambert


Adam Lambert adalah seorang penyanyi dan pelakon dari California. Pernah mendapat runner-up dalam American Idol ke-8. Popular kerana bakatnya dalam nyanyian dan lakonan serta aktiviti gay beliau.

9. Siti Nurhaliza


Dato' Siti Nurhaliza memang tak luntur tahap populariti beliau walaupun setelah bergelar isteri kepada seorang jutawan, Dato' K. Bakat dan personaliti beliau begitu menambat hati ramai orang. Mungkin inilah elemen yang menjadikan beliau kekal popular sehingga sekarang.

10. Paul Tan


Paul Tan adalah seorang blogger dari Malaysia yang begitu aktif mengeluarkan entri mengenai kereta dan industri permotoran dalam blog beliau, paultan.org. Blog beliau begitu popular, mencatatkan jumlah unique visitors sebanyak 490,000 dengan 3.3 juta pageviews dalam sebulan!

P/s: Semua gambar di ambil dari Google.

Top 10 Peningkatan Paling Tinggi Dalam Carian Google 2010

Senarai 10 kali ini akan memaparkan beberapa entri mengenai Carian Google. Penulis ada terbaca akhbar berita harian beberapa hari lalu. Kelihatan menarik untuk dikongsi.

Jom tengok entri pertama dalam senarai Top 10 Peningkatan Paling Tinggi Dalam Carian Google Tahun 2010:

1. Proton Inspira



Wah, nampaknya, warga Proton dan pengguna kereta nasional ini harus berbangga. Dengan status sebagai carian paling meningkat bagi tahun 2010, Proton Inspira mungkin akan mencatat keuntungan yang tinggi sepanjang pengeluarannya.

2. ipad


Produk dari Apple ini, semakin digilai oleh golongan remaja terutamanya. Pertama kali saya melihatnya, pada bulan April yang lalu. Menurut apa yang saya dengar daripada penggunanya, iPad masih belum diperkenalkan pada ketika itu, beliau sendiri membelinya dari luar negara.

Mungkin tahun 2011, Malaysia bakal menjadi lubuk utama Apple untuk memasarkan lebih banyak lagi produk iPad ini.

3. Benci Bilang Cinta

Watak Winda lakonan Marshanda, dalam sinetron Benci Bilang Cinta
Penulis bukanlah seorang yang minat dengan cerita dan drama2 bersiri. Jadi keyword ini, mungkin sedikit asing buat diri saya. Hehe.

Baru tahu, Benci Bilang Cinta ini merupakan tajuk sebuah sinetron (drama) Indonesia yang mula ditayangkan di Astro Ria, 11 Jun 2010. Lagu tema drama ini juga bertajuk Benci Bilang Cinta, nyanyian Radja, salah sebuah band popular dari Indonesia.

4. World Cup 2010


Tahun 2010 merupakan tahun bersejarah buat negara Afrika Selatan apabila menjadi hos bagi salah sebuah kejohanan terbesar di dunia, World Cup 2010.

Terbuktilah sukan bola sepak antara sukan paling popular di dunia. Lain2 kejohanan tidak tersenarai sebagai top 10 peningkatan paling tinggi dalam carian google tahun ini.

5. Justin Bieber



Penyanyi muda ini menggegarkan dunia, malahan gadis2 dan makcik2 seantero Malaysia apabila nyanyiannya yang mirip suara wanita, menjadi begitu popular!

Penulis sendiri terkejut bila first time dengar lagu Baby, rupa2nya nyanyian seorang remaja lelaki, Justin Bieber.

6. facebook



Aplikasi yang tidak asing lagi buat warga Malaysia. Tidak hairanlah tersenarai dalam carian paling meningkat tahun ini, sebab budak umur 5 tahun pun dah ada akaun facebook.

Risau juga, mudah2an ada kawalan untuk mereka yang bawah umur 18 tahun.

7. Utusan Online terkini



Utusan Online antara akhbar online nasional yang termasuk dalam senarai pada kali ini. Mungkin kerana peristiwa "Universiti of Toronto" yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Hehe.

8. mudah.com.my Selangor


Aplikasi gudang online ini begitu popular bagi mereka yang gemar shopping secara online. Namun, carian mudah.com.my Selangor paling menonjol pada tahun ini.

Warga Selangor semakin maju nampaknya!

9. Didi games



Herk? Didi games? Permainan online ini khas untuk wanita, secara khususnya, kanak2 perempuan. Macam2 permainan ada dalam website ni.

Ops, jangan salah anggap bagaimana saya boleh tahu mengenai Didi Games. walaupun saya lelaki, saya hanya menjalankan sedikit kajian untuk mengetahui apa sebenarnya Didi Games, yang menjadi carian popular dalam senarai ini. :D

10. Fifa


Berkemungkinan carian Fifa begitu popular berikutan kejohanan World Cup 2010 dan juga pengumuman Fifa mengenai tuan rumah untuk kejohanan paling berprestij itu.

Sedikit info mengenai tuan rumah World Cup:

WC 2014 - Brazil
WC 2018 - Russia
WC 2022 - Qatar

Senarai2 mengenai statistik carian google ini akan bersambung pada entri akan datang. Jangan lupa subscribe atau jadi follower blog Senarai 10 ini.

Top 10 Tragedi Kapal Laut Terburuk Dalam Sejarah

Dunia pernah digemparkan dengan nahas Titanic, sebuah kapal persiaran mewah yang mengorbankan beribu nyawa. Peristiwa nahas kapal Titanic ini juga begitu popular sehinggakan sebuah filem yang dibuat khas untuk membawakan kepada penonton kejadian, perasaan dan kekalutan yang berlaku sehinggalah karamnya kapal Titanic ini.

Walau bagaimana pun, peristiwa nahas kapal Titanic ini hanyalah secebis daripada Top 10 Nahas Kapal Laut Terburuk Dalam Sejarah.

10. Mary Rose - 400 Kematian


Mary Rose adalah sebuah kapal perang Inggeris dan merupakan kapal perang pertama yang menggunakan meriam di sekeliling kapal. Ianya juga dikatakan sebagai yang terawal dibina untuk tujuan peperangan oleh Royal Navy; dan tidak pernah digunakan untuk tujuan perdagangan.

Pada 1545, King Francis I dari Perancis telah melancarkan serangan terhadap England dengan kekuatan 30,000 tentera serta lebih daripada 200 buah kapal. England pada ketika itu hanya mempunyai 80 buah kapal (termasuk Mary Rose yang dikemudi oleh Armada Sir George Carew) dan 12,000 orang tentera.

Malangnya, Mary Rose telah karam apabila bahagian kiri kapal rosak, dan dipenuhi air apabila ianya cuba melakukan pusingan ke kanan (starboard side) bagi membolehkannya menggunakan meriam di bahagian kanan. Kesemua anak kapal mati kecuali 35 orang terselamat.


9. HMS Birkenhead - 460 Kematian


HMS Birkenhead, juga dikenali sebagai HM Troopship Birkenhead atau Steam Frigate Birkenhead, merupakan antara kapal dengan kerangka besi pertama dibina untuk Royal Navy.

Pada 26 Februari 1852, semasa membawa seangkatan tentera dalam 73rd Regiment of Foot ke Teluk Algoa, kapal ini telah karam di Gansbaai berhampiran Cape Town, Afrika Selatan. Pada ketika itu, bot penyelamat tidak mencukupi untuk menampung kesemua anak kapal. Akhirnya, angkatan tentera tersebut bersetuju agar semua wanita dan kanak2 diselamatkan terlebih dahulu dengan menaiki bot tersebut.

Hanya 193 daripada 643 orang yang berada di atas kapal terselamat.


8. SS Eastland - 845 Kematian


S.S Eastland merupakan kapal penumpang yang berpengkalan di Chicago dan digunakan untuk tujuan pelancongan. Pada 24 Julai 1915, kapal S.S Eastland beserta 2 buah kapal wap (Theodore Rosevelt dan Petoskey) telah disewa untuk membawa pekerja2 Chicago's Western Electric Company ke perkelahan di Michigan City, Indiana.

Bot penyelamat dan segala kelengkapan termasuklah para penumpang, telah menyebabkan S.S Eastland ini mengalami lebihan muatan. Hal ini telah menyebabkan ketidakstabilan kapal, dan bencana berlaku apabila kapal ini telah terbalik dengan secara tiba2 dan menyebabkan sejumlah 841 orang penumpang dan 4 orang krew kapal terbunuh dalam kejadian tersebut.


7. MS Estonia - 852 Kematian


MS Estonia, yang dahulunya dikenali sebagai MS Viking Sally (1990), MS Silja Star (1991) dan MS Wasa King (1993), merupakan sebuah feri yang dibina pada tahun 1979 di German Shipyard Meyer Werft di Papenburg.

Nahas Estonia berlaku pada 28 September 1994 semasa ingin merentasi Laut baltic, untuk perjalanan dari Tallin, Estonia ke Stockholm di Sweden. Puncanya apabila berlaku sedikit kerosakan pelindung kipas (bow visor). 

Walau bagaimanapun, apabila diteliti semula, kerosakan tersebut tidaklah begitu ketara, sehinggalah seorang wanita menjerit, "...Häire, häire, laeval on häire...", yang bermaksud "...Amaran, amaran, amaran di atas kapal..." melalui satu talian komunikasi yang terdapat dalam kapal tersebut.

Malangnya, tidak lama selepas itu, kapal tersebut berpusing 30 - 40 darjah ke kanan, menjadikannya mustahil untuk penumpang berada di dalam kapal. Akibat terputusnya bekalan kuasa, kapal MS Estonia ini tidak mampu untuk kembali kepada posisi asalnya, hanya 137 orang daripada 989 penumpang terselamat.

6. RMS Empress of Ireland - 1,012 Kematian


RMS Empress daripada Ireland ini merupakan kapal pengangkut barang yang dibina pada tahun 1905 - 1906 di Fairfield Shipbuilding and Engineering di Scotland untuk Canadian Pacific steamships (CP).

Tragedi berlaku pada 29 Mei 1914, apabila sebuah kapal Norway, Collier Storstad berlanggar dengan sisi Empress. Storsad tidak karam, walau bagaimanapun, pelanggaran tersebut telah menyebabkan sisi kanan Empress rosak teruk. Air memenuhi kapal melalui kerosakan pada sisi kapal, dan karam hanya dalam masa 14 minit.

Seramai 1,012 orang telah mati dalam tragedi ini dan hanya 465 orang terselamat.


5. RMR Titanic - 1,517 Kematian


RMS Titanic merupakan kapal penumpang kelas Olimpik yang dimiliki oleh White Star Line dan dibina di Harland and Wolff Shipyard di Belfast, Ireland. Ianya dibina menggunakan teknologi tercanggih pada ketika itu, dan dipercayai oleh kebanyakan orang, "the unsinkable ship".

Walau bagaimanapun, ianya mengejutkan dunia apabila pada 14 April 1912, sewaktu pelayaran pertamanya, Titanic telah berlanggar dengan sebuah bongkas ais yang sangat besar. Dan ianya telah karam sepenuhnya 2 jam 40 minit kemudian!

Tragedi ini begitu popular kerana status Titanic sebagai "the unsinkable ship" akhirnya mengorbankan sejumlah 1,517 orang dalam satu tragedi yang menyayat hati.


4. Sultana - 1,800 Kematian


Kapal stim Sultana merupakan sebuah kapal kincir air berkuasa stim dari Sungai Mississippi. Letupan pada 27 April 1865 telah memusnahkan Sultana dan direkodkan sebagai yang terburuk dalam tragedi maritim  di Amerika Syarikat.

Letupan berpunca daripada kebakaran dari salah sebuah "boiler" sehingga menyebabkan satu letupan yang sangat kuat. Letupan ini begitu kuat sehingga kan penumpang yang berada di atas kapal tercampak ke laut dan memusnahkan sebahagian besar kapal.

Sisa letupan tersebut kemudiannya merebak sehinggakan keseluruhan kapal tersebut terbakar dan menghasilkan nyalaan api yang begitu marak! Nyalaan ini begitu besar sehinggakan ianya mampu dilihat dari daratan Memphis.


3. MV Joola - 1,863 Kematian


MV Le Joola yang merupakan feri milik kerajaan Senegal, telah karam di Perairan Gambia pada 26 September 2002. Ketika itu, Joola dalam pelayaran ke daerah Casamance dan pelayaran rutin antara Selatan Senegal dan Dakar.

Joola dibina untuk menampung 580 orang penumpang sahaja. Walau bagaimanapun, ketika tragedi ini berlaku, Joola telah membawa muatan seramai hampir 2,000 orang! Keadaan cuaca buruk dan berangin, telah menyebabkan feri ini terbalik, dan karam dengan begitu pantas.

Hanya sebuah bot penyelamat yang dinaiki oleh 25 orang sahaja terselamat. Seramai  1,863 kematian telah dilaporkan dalam kejadian ini.

Cerita penuh, klik di sini.

2. Halifax Explosion - 1,950 Kematian


Halifax Explosion adalah satu tragedi letupan sebuah kapal kargo daripada Perancis, Mont Blanc pada hari Khamis, 6 Disember 1917. Tragedi ini telah mengejutkan penduduk di sebuah kawasan di Halifax, Nova Scotia, Kanada, apabila Mont Blanc yang sarat dengan bahan letupan perang berlanggar dengan sebuah kapal dari Norway dalam kawasan Pelabuhan Halifax.

Letupan tersebut telah menyebabkan kerosakan seluas 2 km persegi dan mengorbankan lebih kurang 2,000 orang. Tsunami terhasil, kesan daripada letupan kuat tersebut, telah memusnahkan bangunan2, segala pengangkutan darat, pokok2, dan membawa serpihan Mont Blanc beberapa kilometer ke darat.

Sekurang2nya, 9,000 orang tercedera dalam tragedi ini.


1. MV Doña Paz - 4,375 Kematian


Doña Paz adalan feri penumpang yang karam setelah berlanggar dengan sebuah kapal muatan minyak, Vector, pada 20 Disember 1987. Doña Paz ketika tragedi, dalam pelayaran dari Catbalogan di Samar Island, Filipina ke Manila.

Vector yang membawa muatan sebanyak 8,800 barrels produk petroleum. Kargo Vector telah terbakar dan merebak ke Doña Paz, dan menyebabkannya tenggelam dalam beberapa minit sahaja. 

Dikatakan, Doña Paz pada ketika itu membawa lebihan penumpang, dan jumlah sebenar kematian mencecah 4,375! Laporan menunjukkan, krew kapal Vector tidak terlatih manakala lesen kapal tersebut telah tamat tempoh. Ianya menjadikannya tragedi melibatkan feri terburuk dalam sejarah dunia!

Cerita penuh, klik di sini.

---------------------------
Sumber: Listverse Ultimate Top 10 List

Top 10 Domain Name Paling Mahal Yang Pernah Dijual

This summary is not available. Please click here to view the post.

Top 10 Bangunan Pencakar Langit Tertinggi Di Dunia

Kita seharusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita juga terkenal dengan rekod2 dunia yang mengagumkan. Sebagai contoh, bangunan berkembar Petronas atau KLCC.

Dikatakan, KLCC tidak dikategorikan sebagai bangunan paling tinggi di dunia. Walau bagaimanapun, ianya dinafikan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kata beliau, KLCC cipta rekod sebagai "Bangunan Berkembar Tertinggi Di Dunia". Hehe.

Jom kita usha Top 10 Bangunan Pencakar Langit Tertinggi Di Dunia:

1- Taipei 101, Taipei, Taiwan – 1671 ft (509 m) 101 tingkat



2. Shanghai World Financial Center – 1614 ft (492 m) 101 Tingkat

3. Petronas Twin Towers (KLCC) – 1483 ft (452 m) 88 Tingkat



4. The Sears Tower – 1451 ft (452 m) 108 Tingkat


5. Jin Mao Tower – 1380 ft (421 m) 88 Tingkat


6. Two International Finance Center (IFC) – 1362 ft (415 m) 88 Tingkat


7. CITIC Plaza – 1283 ft (391 m) 80 Tingkat


8. Shun Hing Square – 1260 ft (382 m) 69 Tingkat


9. Empire State Building – 1250 ft (381 m) – 102 Tingkat


10. Burj Dubai, Dubai, The United Arab Emirates - 167 Tingkat


Sumber: The Truth Behind The Scene

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Koleksi Lirik Lagu