Top 10 Telefon Bimbit Paling Mahal Di Dunia

Dulu semasa awal tahun 90an, telefon bimbit menjadi satu aksesori bagi mereka yang berkemampuan. Memandangkan demand pada ketika itu rendah, sebuah telefon bimbit yang paling basic mencecah ratusan ringgit. Kad sim pula bernilai ratusan ringgit.

Tetapi sekarang, telefon bimbit merupakan antara keperluan asas yang perlu ada bagi setiap orang. Dan harganya sudah tentu pada harga yang mampu dimiliki.

Tapi, tahukah anda, masih ada pengilang yang menjadikan telefon bimbit ini sebagai satu aksesori mewah bernilai jutaan ringgit untuk setiap unit?

1. Goldvish "Le Million" = £ 1,000,000 (RM 4,247,999.51)

Goldvish "Le Million" = £ 1,000,000 (RM 4,247,999.51)
Ianya adalah telefon bimbit paling paling mahal pernah dicatatkan dalam sejarah. Hal itu dipamerkan di Millionaire Fair tiga hari di Cannes, Perancis untuk mengesahkan penjualan Telefon Bimibt Paling Mahal di dunia. 

'Le Million' Piece Unique yang dibeli oleh seorang usahawan Rusia untuk isterinya ini, bernilai 1 juta Euro ($ 1.2 juta)!

Dibuat oleh GoldVish SA, sebuah syarikat telekomunikasi yang berpusat di Geneva ini, diperbuat daripada emas putih 18 karat, dipasang dengan 1800 (sebanyak 120 karat)- berlian Gred VVS 1 dinilai dan dilengkapi dengan teknologi telefon bimbit yang terbaru pada ketika itu.

2. Vertu Signature Cobra = $ 310,000 (RM 965,029.97)

Vertu Signature Cobra = $ 310,000 (RM 965,029.97)
Telefon bimbit ini boleh anda miliki pada harga RM 965,029.97.

Vertu pada ketika ini mengambil tempahan daripada Signature Cobra hanya sebanyak 8 unit. Ianya direka oleh seorang pereka berlian warganegara Perancis, Baucheron.

Telefon ini memiliki satu potongan berlian, sebutir berlian putih, 2 mata zamrud, dan 439 butir rubi.

Bagi mereka yang inginkan versi yang lebih murah, Vertu boleh dimiliki pada harga $115,000 dan tanpa perhiasan rubi.

3. Sony Ericsson Black Diamond = $ 300,000 (RM 933,899.97)

Sony Ericsson Black Diamond = $ 300,000 (RM 933,899.97)
The Black Diamond telah berada di pasaran pada tahun 2007, daripada sebuah syarikat bernama VIPN, dan bukannya Sony Ericsson.

Hanya 5 unit dihasilkan dan dijual pada kadar RM 933,899.97.

Ianya mempunyai kelengkapan Quad-Band dengan teknologi Wifi, Intel 400 Mhz berplatform Windows Mobile 5, skrin sentuh 2", memori dalam 128 Mb, storan luaran 2 Gb kad SD, dan juga kamera 4 megapiksel.

4. Vertu Diamond = $ 88,000 (RM 273,943.99)

Vertu Diamond = $ 88,000 (RM 273,943.99)
Vertu sekali lagi mengeluarkan telefon bimbit mewah pada harga RM 273,943.99. Ianya dipenuhi dengan butiran2 kecil berlian serta berlian 8 karat pada pad kekunci nya.

Struktur badan telefon bimbit ini dihasilkan daripada platinum berkualiti tinggi, disokong oleh bearing rubi dan diperkukuhkan dengan komposit seramik yang kebiasaannya digunakan untuk penghasilan kapal angkasa.

Hanya 200 unit sahaja dihasilkan dan dijual di kedai2 berlian dan perhiasan mewah.

5. Motorola V220 Special Edition = $ 51,800 (RM 161,253.40)

Motorola V220 Special Edition = $ 51,800 (RM 161,253.40)
Peter Aloisson, seorang pereka Austria, telah menggunakan telefon bimbit Motorola ini dan menyaluti strukturnya dengan  1,200 berlian. Pad kekunci nya juga dihiasi dengan emas 18 karat.

Pergh, ini nak buat call tempat awam pun risau kena ragut!

6. Gold Edition Nokia 8800 = $ 2,700 (RM 8,405.10)

Gold Edition Nokia 8800 = $ 2,700 (RM 8,405.10)
Telefon bernilai RM 8,405.10 ini diperbuat daripada emas 24 karat.

Ianya dilengkapi dengan teknologi asas model 8800, kamera SVGA 0.5 megapiksel, skrin TFT (208 x 208). Juga mempunyai capaian EDGE, Bluetooth, Infrared, Java, MMS, SMS, USB, WAP serta memori dalaman 64 Mb.

Selain itu, telefon mewah ini juga dilengkapi 64 nada dering polyphonic, radio FM, pemain Mp3, rakaman video dan 180 minit rakaman perbualan.

7. Mobiado Professional EM (wood) = $ 1,900 (RM 5,914.70)

Mobiado Professional EM (wood) = $ 1,900 (RM 5,914.70)
Profesional EM adalah telefon bernilai RM 5,914.70 diperbuat daripada kayu hitam (ebony) dan butang titanium, kamera 1.3 megapiksel dan capaian Bluetooth. 

Ianya terdapat dalam edisi terhad sebanyak 200 unit. Menurut laman web tersebut, telefon ini tidak dijual di Amerika Syarikat.

8. Bang & Olufsen (Samsung) Serene = $ 1,250 (RM 3,891.25)

Bang & Olufsen (Samsung) Serene = $ 1,250 (RM 3,891.25)
Bang & Olufsen telah bekerjasama dengan Samsung untuk menghasilkan model Serene yang  ramping tetapi tidak konvensional. 

Rekabentuknya tersedia dengan sebuah motor untuk membantu anda membuka dan menutup telefon. Ianya sangat tidak praktikal kerana anda memerlukan pemutar skru khusus untuk mengakses bateri dan kad SIM. Rekabentuk pad kekuncinya yang agak berlainan daripada biasa memerlukan sedikit masa bagi pemiliknya untuk selesa menggunakannya. 

9. Gresso Luxury Phone = Lebih $ 1,000

Gresso Luxury Phone = Lebih $ 1,000
The Gresso yang berpusat di Rusia, adalah pendatang baru dalam industri telefon mewah. "Gresso Luxury Phone"diperbuat daripada emas dan "Blackwood" Afrika. 

 The Gresso akan mengeluarkan sebuah koleksi lima model yang diberi nama Black Aura, yang direka oleh seorang pereka terkenal dari Itali.  

Setakat ini ada dua versi dari telefon "Blackwood" Afrika, satu dengan emas merah jambu yang diberi nama Gresso Blackwood Gold Edition, dan satu versi diperbuat sepenuhnya daripada "Blackwood" Afrika.

10. Lamborghini 8800 Sirocco from Nokia

Lamborghini 8800 Sirocco from Nokia
Telefon mempunyai liputan tri-band GSM untuk lima benua, serta 128 MB memori dalaman. Seperti paparan TFT warna, dilindungi oleh kaca anti gores dilapisi safir.

Ianya juga mempunyai kamera 2 megapiksel, serta pemain MP3 digital terintegrasi. Ianya juga mempunyai capaian Bluetooth, pelayar xHTML, Instant Messaging, perkhidmatan video streaming, serta pemindahan data melalui EDGE, GPRS, atau TCP / IP.

Model telefon bimbit Lamborghini edisi terhad (500 unit) ini juga akan memaparkan grafik Lamborghini sebagai wallpaper, screensaver, nada dering, dan bahkan mempunyai video dokumentari pendek tentang Lamborghini.  

Tidak dinyatakan harganya. 

Sumber: Feel Phones

5 Orang Komen:

  apislerr

November 20, 2010 at 9:23 PM

fuhhh

  Nash

December 1, 2010 at 9:45 AM

huhu...sape la sggup nk blanje sebijik phone cmni~ :D

  Mrs Lavender

December 15, 2010 at 5:34 PM

fuhhhh..mahal betul..igtkn hp aku yg plg mhl td..wakakaka..xdek lam snarai rupanya..hehe..

  Kak Mahh

February 19, 2011 at 4:43 AM

Wow...mahalnya...kalau dapat mesti BEST.

  Unknown

January 20, 2013 at 11:22 PM

Harap handphone je mahal...tapi function macam haram...rugi je beli...baik samsung galaxy note 2 yang aku pakai sekarang lagi best walaupun harga murah dari handphone kat atas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Koleksi Lirik Lagu